Keeping The Dream Alive

I Am Not Just a Dreamer, I Am The World Changer!
Azlan Ismail

Siapa Azlan Ismail?



By  azlanpunyablog     18:49  

Sebenarnya engkorang tak payah tahu pun siapa Azlan Ismail. Tapi andai blog ini dijadikan sumber motivasi (over nak mampus), maka eloklah aku perkenalkan diri. Mana tahu suatu hari nanti aku famous, takde lah aku nak buang masa kenal-kenalkan diri macam ni. Kahkah!

Aku lebih dikenali masyarakat dengan nama Azlan Ismail, nama penuh Mohamad Azlan Bin Ismail. Lelaki kelahiran Banting, Selangor dan berketurunan Jawa berumur 23 tahun pada tahun 2017.

Masih lagi belajar di Universiti Kuala Lumpur dalam bidang Helicopter Maintenance Engineering, namun minatnya tak sejauh sehingga mahu menjadi engineer. Aku lebih minat dengan perjalanan sebagai seorang peniaga, mana tahu bila aku kaya nanti aku beli je terus sebiji Helicopter Robinson R44 sebagai kenderaan aku beli sayur tiap pagi kat Cameron Highland.

Spesis exotic yang berimpian besar tapi sampai sekarang masih tak pandai memandu kereta, setia dengan motosikal Yamaha FZ150. Itu aje kenderaan untuk pergi berguru dan sebagainya. Pecutan maksimum 140km/h dah cukup memuaskan nafsu kelajuan ketika ini. Andai rezeki melimpah ruah, yang pertama sekali aku mahu mestilah motosikal yang lebih besar! Soal kereta tu......

Cukuplah bakal isteri aku aje yang bawak. Lepas tu dia je ajar aku. Kihkih

Mendapat kesedaran bisnes dalam hartanah sekitar 2012, masih berumur 18 tahun ketika itu. Banyak belajar dari internet dan forum seperti Carigold (kini ramai tak aktif semenjak dah ada facebook). Aku mulai minat bidang Sublet Premium (homestay), tapi aku tak pandai mencari guru masa itu. Cuma sentiasa membaca menimba ilmu.

Hujung tahun 2015, aku tekad untuk mulakan Sublet pertama di Bandar Baru Salak Tinggi berbekalkan ilmu yang dikutip menerusi internet. Gagal itu biasalah. Kita kan perlu belajar dari pengalaman. Sudahnya, aku berjaya menemui strategi Sublet Zero Capital yang aku cipta sendiri (aku yakin ada je orang lain yang dah buat, tapi masa tu aku dapat strategi ini tanpa bantuan orang lain).

Teknik OPM (Other People's Money) yang biasa digunakan orang kaya raya, aku praktik kan dalam bisnes soon-to-be rich.

Dari satu unit ke satu unit. Sehingga aku menemui insan hebat dan menjadi partner, barulah Bilique PLT ditubuhkan.

Homestay? Aku baru nak mula di pertengahan 2017. Masih kekal dengan teknik OPM.